Templat:Sejarah Hawaii Selepas meletusnya Perang Saudara Amerika, Kerajaan Hawaii di bawah Raja Kamehameha IV bertitah mengisytiharkan keberkecualian pada 26 Ogos 1861.[1][2] Namun, ramai orang Hawaii asli dan Amerika kelahiran Hawaii (kebanyakannya keturunan mubaligh Amerika), di luar negara dan di dalam pulau, berkhidmat dalam rejimen tentera pelbagai negeri di Kesatuan dan Gabungan.[3]